Thursday, April 21, 2011

"CuKuPlAh cInTa dAlAm DIaM"

Bila kamu belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah kamu cintai dia dalam diam ...kerana diam mu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosakkan kesucian hatinya..


kerana diam mu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu ..

kerana diam mu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kamu cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya??

dan jika memang 'cinta dalam diam mu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diam mu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diam mu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik hatimu ...

Wednesday, April 20, 2011

"aDaM DiCiPtAkAn sEbAgAi PeLiNdUnG AtAu pErOsAk??"

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.


wahai adam..

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...(^_^)




Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati untuk menilai mana yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu..^^


Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan seandainya hati kita sudah tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain.


  Rajin-rajinkanlah bersihkan hati...(*_*)




Saturday, April 16, 2011

"InDaHnYeR CiPtAaN AlLaH"

Assalamualaikum dan salam riinnduu untuk sume..^^ ( riinduu sy tak?) huhu..:P


bila hati rasa sepi
bila hati rasa sunyi
bila hati ada rindu
bila hati ada resah
bila hati ingin berbicara


huhu..faham ke ape yg cbe sy smpaikan..??
melalut je sy ni kn..(*_*)..huhu..ok2..kalo anda sekalian pnah ade  rse mcm yg sy tulis kat ats tu..ape yg korang buat?? menjerit kuat2 kah? mnyanyi kah? or...terjun bangunan kah?? (oppsss..jgn2!! nnti msuk neraka tros)..
kalo sy..sy akan pergi menemui makhluk ciptaan ALLAH ni...'dy' sangat penting dlm hidup sy...(^_^)..ni khas untk 'awak'..

awak sangat indah
awak sangat cantik
hidup awak tenang
awak penenang hati sy
awak pengubat hati sy
sy sunyi tanpa awak..(-_-)

agak2 jeles tak ngan dy??? yelaaa..dy berjaya tawan hati sy..hik3..:p..ok...korang mesti nk knal kn spe dy??
inilah dy..
makhluk ALLAH yg sangat bertuah..
























inilah dy..bukan satu tp tige!!!! hik3..

tp mereka ni x de nme lg..:( sy x tau nk bg nme ape..ade cadangan??? sile angkat tgn!

mse awal2 bela ikan ni, bekas ikan ni pnuh ngan pasir, siput2, daun rumpai..tp ble dh lme, tggal batu jek..huhu..:p ( tuannyer malas!)

"ape la tuan kite ni..tetibe jek amik gmbar kite", kate mereka..^^

ikan2 sy semakin membesar..^^ mereke kuat mkn mcm sy!!

credit to kak atiqatul afnan dan kak shima sbb mendorong sy untk bela ikan..(^_^) 












dh knal kn spe mereka??? huhu..moh la kite pakat2 bela ikan..^^ first experience bela haiwan ni...mmg sgt best!! 

ku harap kau tros sehat bersamaku
hidup bahagie bersamaku..(*_*)

huhu...tp nnti sy blik cuti msia taun ni, spe nk tlg jge??? spe volunteer nk tlg sy?? huhuh..(fikir...fikir n tros berfikir spe nk jge ikan ak)..tata..^^

Friday, April 15, 2011

"KeMbArA SuFi Di dAtArAn sYaM"

assalamualaikum dan salam ceria sume..^^

Tanggal 2 SEPTEMBER 2010 yang lalu, sy dan sahabat2 yg lain telah slamat smpai di dataran syam, jordan ni..(*_*) perasaan mse tu tersangat la excited, hepi dan teruja..^^ first time g negare org kn..hik3. para senior Universiti Mu'tah, Jordan dh siap sedia tggu kami di Queen Aliya Airport, Amman Jordan. kami disambut dengan baik. wlaupun badan kami terase tersangat la letih, penat..sbb perjalanan dr msia ke jordan mengambil mse hampir lebih 24 jam. mmg memenatkan! ( tp seb bek ade pramugara2 yg hensem) hik3..:P 
setelah hampir 7 bulan kami berada di bumi anbiya' ni, mcm2 pngalaman dan ilmu baru yg kami dpt. baik panis mahupun pahit sumenyer kami telan..( simtom2 kuat mkn) huhu..terlalu bnyak kenangan yg dapat kami kumpul disini..(-_-) pape pn sumenyer mngajar kami erti hidup yg sebenar..(^_^)
bile dh dok negare org ni, mcm2 la plak yg kami teringin nak mkn..huhu..( mcm pregnant plak) sbb makanan tu dh x de kt sni kn. tu la sbb teringin. dulu mse kt msia x teringin pn nk mkn. sebelah mate pn x pandang.hihihi..tp ble dh jd anak perantau ni, len plak jdnyer..(perubahan hormon yg sgt ketara)..:P normal la tu..bese la kn, adat dunia, ble dh tak de depan mate kite, bru la kte terhegeh2 nk hargainye kn3?? ( len mcm je ayat nye) huhu..so..dipendekkan cite..(sebelum sy melalut2 lg).... ikuti lah gambar2 dibawah.
.inilah antara hasil air tgn kami ANAK PERANTAU..huk3..(sedey la plak)....(-_-)







 





ustazah lala, ieha, yati, tiah n tirah berBBQ diatas sutuf(bumbung) umah ustazah lala n yati. mmg SODAAPPP!!!


terliur x??? jge2..g amik baldi cepat..tadah2!! nti meleleh air liur tu..(pngotor!)

mse ni ustazah lala n tirah yg tlg bbq. mmg jenuh yg hdupk api! ustazah tirah mmg surrender dlu.( sbb x sabar) tp ustazah lala maintain je cbe hdupkn api smpai berjaya..^^( tggi sgguh tahap kesabaran anda)

lakse special! kalah lakse pak ngah kt kuale tu..(^_^) x tipu..huhu..ustazah lala gelak kt sy sbb bru first time nk blaja perisi ikan!

inilah hasil air tgn ustazah tiah, ieha, yati n lala..(*_*) sy jd mam besar. tlg tgok je, rse n komplen..hik3..:P

nasi ayam yg dimakan bersama ayam madu bbq..^^ mmg special lah!! pas selesai msak, sume ketiduran..pnat kot!!

ala2 msakan hotel gitu..^^ hebat x kami? spe2 nk amik catering masak, sile contact ustazah wani n melin ye..(*_*)

spegeti goreng..roti goreng..^^ simple tp sedaapp..

makan berjemaah menaikkan lg selera kami..(^_^) kate ustazah ieha, mkn dlm talam ni bleh men tolak2 nasi..tp kalo kate sy, mkn dlm talam ni bleh men rebut2 nasi. tambah2 kalo mkn ngan ustazah tiah..(persaingan kuat tu)..:P  








"semoge ukhuwwah yang terjalin antare kite dirahmati ALLAH dan kekal hingga ke syurga....STAY TOGETHER, EAT TOGETHER, SMILE TOGETHER..ALL TOGETHER GETHER LAH..!! huhu.."

 ukhuwwah itu indah bler disirami dengan limpahan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan..( tp jage2..siap baldi sblum limpahan itu menjadi banjir)..ayat tersirat yg tak jadi..:P..k..tata..^^

Thursday, April 14, 2011

"SeInDaH hIaSaN DuNiA"

MaWaR..

dahulu kau layu
kau tidak seindah
mawar-mawar yang lain
seringkali kau diserang haiwan perosak
yang jadikan kau
bertambah layu 
lupa pada diri
lupa pada tuhan yang menciptakan kau
mungkin kerna kurang dibaja
dengan baik

MaWaR..

masa kian berlalu
kau tersedar
masih ada insan
yang sudi membantu kau
kau dijaga dengan rapi
dibaja dengan baik
kau diletak dalam bekas kaca
yang indah
agar jauh dari gangguan kumbang perosak

MaWaR..

kini kau mekar
kau harum
seindah ciptaan tuhan
kini tiada lagi serangan kumbang perosak
bukan kerna badan kau yang berduri
tetapi keindahan kau yang memukau
yang dapat menghalang mereka
dari berniat jahat
hanya yang layak
dapat masuki bekas kaca itu

MaWaR..

moga kau terus terpelihara
sesungguhnya kau adalah
sebaik-baik hiasan dunia..(^_^)

Monday, April 11, 2011

"mEmBuRu cInTa sAnG MurAbBi"

assalamualaikum sume! moge sumenyer ceria, sihat dan berada di bawah rahmat-Nya..(*_*) aminn..insya'allah..^^

em, tetibe ari nie sy terdetik untuk post something yg berkaitan dengan TARBIAH..(actually, bru je pas bincang topik ni mse usrah td) mgkin tajuk ini agak skema, boring or x dpt menarik perhatian hati follower skalian..huhu..:( x pe, sy cbe untuk men'SEMPOI'kan isi2 penting dalam post ni..^^
kalo anda2 skalian nk tau, TARBIAH ni bleh dibahagikan kepada dua iaitu :

1) TARBIAH DARI ALLAH 

2) TARBIAH ANTARA MANUSIA

mungkin anda x perasan, tarbiah dari allah ni dtg pada kite dlm bentuk dugaan, ujian, cabaran hidup n sebagainyer lah. cthnyer, time2 nk exam la, tetibe kte demam, batuk laa..selsema laa..mcm2 la yg wat kite jd x selesa nk study n nk jwb exam.huhu..em..sy nk share sket pngalaman sy diuji ALLAH..:) 
em..tanggal 1 julai 2010 yg lalu berlaku la tragedi yg sgt tragis!(huhu..sgt terkesan pd hati n akal sy) mmg x leh lupe!!!
hmm..pd ari tersebut, sy (dengan ditemani mak n sahabat mak sy) dh plan ngan sahabat sy iaitu 'CIKGU UPSI' untk bertemu di masjid bersebelahan ngan UO IPOH(ntah ape nme masjid tu) sbb nk minx sedikit sumbangan drpd masjid tersebut untk smbung blaja ke jordan ni. kebetulan sahabat sy tu knal ngan org2 kuat masjid tersebut. jd dipendekkan cerite, sy minx tlg dy untk memudahkan lg urusan sy..^^ 
alhamdulillah, sy dan sahabat sy tibe diperkarangan masjid tersebut sebelum msuk waktu zhor lg. tp EN.IMAM yg sy nk jumpe aritu dtg lmbat plak. (  tetibe pak imam dtg lmbat plak aritu, mmg bende nk jd..huhu..  ) jd, sy n sahabat sy decided nk jmpe EN.IMAM tu pas selesai solat zhor. kami pn solat la dlu.
 
al kisahnyer, sblum nk angkat takbir solat, mak tnye pd sy," tra, handbag ni kte nk letak depan k blakang?" sy pn dgn relaks menjwb,"x pe kot mak..kte letak je la kt belakang..x de spe kot nk curi..ni kn masjid"
tp disaat itu, secara jujurnyer, hati sy x tenang!! imam dh solat tp sy msih dok kalih2 blakang dok usha handbag sy n mak kt belakang^^ insya'allah, selamat..(detik dlm hati)
lpas je mak sy bg salam ke kiri, tros mak tgok blakang. cbe anda2 skalian teka???huhu..

jeng..jeng..




handbag sy yg bru je beli (smnggu sbelum kejadian) tu hilang!!! handbag mak sy je ade!!!! ape lg, mak sy tros berlari ke belakang. sy pn panik!!!!!tersgt la terkejut!!( first time kne) sy terkedu kt situ.mmg x gerak mne2. x tau nk pkir ape. mak dok melilau2 cari handbag sy. tgok2 jmpe dlm blik amik wudhuk. tp dengan hampanyer, handbag sy kosong!! purse n hanset ilang. ( act, handbag n purse tu bru je beli, branded plak tu. dlm beratus gak laa) sbb sy bru je dpt gaji sbg guru tuisyen. giler sdey!!!!
pastu, mak sy tgok plak handbag dy. sme jgak, dgn hampenyer, handbag tu kosong!! no purse n hanset. seb bek la brg kemas( rantai, cincin n gelang adik2 sy) pencuri tu x nmpak. YA ALLAH...hnye tuhan je yg tau perasaan sy ketike tu. SANGAT KECIWA!!! disaat aku sgt2 memerlukan duet untk smbung pngajian ni laa, ia terjadi kt aku..(rungut hati)

YA ALLAH..tetibe terlintas dlm hati, kad2 bank aku!!! kebetulan no pin bank, sy just gne tarikh birthday sy. risaw sgt pencuri tu dpt teka sbb i/c sy pn dlm purse tu.
apalagi, sy tros kuar dr masjid dlm keadaan teresak2( gler x malu nangis dpn org ramai) jmpe ngan sahabat sy tu. dy pn plik tgok sy..^^ mak sy steady lg..cool..(mgkin sbb tgok ak yg kelihatan sgt terkejut n sedey)
mak g tau  kt sahabt sy pe yg dh terjd. hmm..abes org2 masjid tu tau kes aku. sume cam marah sbb kami x letak handbag depan mate time solat.huhu..(-_-)
dlm hati..mmg terase sgt bersalah pd mak. ( aku dh mnyusahkn mak)
hmm..pastu, sahabat sy tu tlg la drive kete sy g balai polis untk wat report.( seb bek la pencuri tu x kebas kunci kete sy) kalo x, sy n mak blik jln kaki laa..duet pn dh x de...huhu..:(
at last, sy tak pegi jmpe pn EN.IMAM tersebut. sbb otak dh celaru sangat mase tu..:p (tros dh terlupe misi utama nk minx sumbangan)

credit to mr CIKGU UPSI sbb sudi tlg sy.(mode:terharu..^^) wlupn 2 kali enjin kete mati tgh jln..huhu..sgt comel!..( sbbnyer sahabat sy tu jarang bwa kete) kalo sy ditempat dy, msti neves gler nk drive!!
pastu, kami tros g bank2 yg sepatutnyer. pkerje MAYBANK tu ckp, account sy dh TERBLOCK sendiri sbb no pin salah. maknenyer, pencuri tu dh try nk kuar2 duet sy!!! mmg gler la pencuri tu. alhamdulillah, duet2 sumbangan daripada org ramai dlm bank tu selamat..(^_^)

last skali, kami g wat i/c baru kt JABATAN PENDAFTARAN NEGARA.
mate dh la bengkak sbb nangis, mke pn sembab..sabar je laa..( abes buruk i/c aku) tp nk wat cne..kne gak la kn3!!
disebabkn i/c sy mgambil mse sbulan untk siap, sy terpakse mlambatkn urusan sy bkak account HSBC untk ke jordan ni..dlm akhir bln 8 bru sy leh bkak account. awl bln 9 dh terbang jordan..huhu. alhamdulillah, hasil gaji sy keje sbg pembanci( banci penduduk) sy dpt gak beli hanset n purse baru..^^

hikmahnyer: jgn percaya pd org!! , sentiase berwaspada!!, bwa kete slow2( kate sahabat sy) huhu..

mngkin itulah kafarah ALLAH pd sy. mgkin ade perkara2 yg ALLAH x ske, tp sy dh wat. hmm..sy redha ngan ape yg dh terjd..tp hati ini sgt susah untk maafkan pencuri tu..(-_-)

panjang berjela nyer sy pot pet pasal tarbiah dari ALLAH ni kn..huhu..:P ok..seterusnyer pasal tarbiah antara manusia plak..
sahabat yg baik, soleh@solehah,amanah..dy akan tegur kite kalo kite ade wat salah, mngkin perkara tu mmg bertentangan ngan syara', mgkin jge x sopan pd pndangan org len n mgkin jge perkara tu melanggar adab n tatasusila kite sbgai mnusia.
jika kite ditimpa musibah@dugaan dr ALLAH, sahabat yg baik akn sentiase memberi semangat n dorongan pd kite..^^ betol x?? pd saat ni lah kte dpt menilai mne sahabat yg benar2 ikhlas nk bersahbat ngan kite di dunia n akhirat..^^

renung2 kn..^^

kate org, TARBIAH ni pemanis dalam kehidupan. TARBIAH ni akn wat kite sedar bhawa hidup kite ni kdang kala di bwh, kdang kala di atas..^^ ( hidup bkn mudah) ia jge ibarat roda yg sedang berputar..:)

kalian bace dan pkir ape maksud tersirat kisah nie..^^

"ade seekor monyet yang sedang bergayut di atas pohon pokok ru. tibe2 tanpe disedari, angin bertiup dengan sangat kencang. monyet tu pn sgt takut lalu berpaut dengan kuat pd batang pohon tersebut. akhirnyer, monyet tu selamat n x terjatuh ke tanah. pada keesokan harinyer, sedang monyet tu bergayut2 pada dahan pokok tersebut, sambli leka dibuai angin sepoi2 bahase, ia terjatuh ke tanah"


TARBIAH adalah tanda kasih n sayang ALLAH pd kite..supaya kite x tros lalai dengan pesona n tipu daya nikmat dunia ni..^^ rancangan ALLAH pasti ade hikmahnyer..(*_*)

Sunday, April 10, 2011

'UnTuKmU AdAm..'

Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahuilah wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa itu erti batas pergaulan?

Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu adalah untuk menjaga aib mu,
Membantu kamu menghindari diri dari dibelenggu dosa,
Menjauhkan mu dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemari iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...

Kerana Adam adalah pembela kami..(*_*)

Wednesday, April 6, 2011

"PeNgGoDa cInTa yAnG MaLu"

Assalamualaikum sume! diharap sumenye berada di bawah rahmat-Nya..(^_^) aminn..insya'allah..em, kali ni sy nk post something yang berkaitan dengan FIQH MUNAKAHAT. tau x pe bende tu?? MUNAKAHAT means PERKAHWINAN (love, love, love)..best3..hik3..:P kalo dalam kelas MUNAKAHAT, automatik mata x ngantuk. ajaib kn?? huhu..( mode:hormon nk kawen) hihi..gurau jer..(tapis2 sbb mak bce blog ni..:p)

Ada yang bertanya kepada sy mengapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun lamenyer) tidak sehangat dulu. Dulu, kalo berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rindu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!
Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.
Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (semasa masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?
Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk melayan nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.
Kita tinggalkan lelaki yang bersifat 'jantan' itu. 

Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu 'murah'. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai 'jual mahal' untuk mendapat perhatian suami.
Jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?
Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita 'menjual' terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti 'memburu' anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!
Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.
Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.
Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut 'boroi', rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.
Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.
Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?
Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama', "bila kau hilang malu lakukanlah segalanya." Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi... semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.
Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.
Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

insya'allah..(*_*) 
asyik belajar teori je, ble la nk dpt pratikkan ye..hik3..:p




Sunday, April 3, 2011

"tAbAh LaH WaHaI HaTi"

hidup ini adalah PERJUANGAN,
semuanya sangat susah dan melelahkan,
tapi ku harus menjadi yang TERBAIK di antara yang TERBAIK..
kerana aku bukanlah wanita yg lemah dan mudah berputus asa..
dalam menjalani pahitnya kehidupan..
hmmm...
walaupun hari ini aku diterpa lagi oleh kehampaan
sunyi dan senyap ku terpaku
entah kenapa selalu ada kehampaan
dicelah-celah kehidupanku ini …
mungkin..
kehampaan dalam BERSAHABAT

tersakiti dan menyakiti adalah dua hal yg lumrah
selalu saja terjadi …
entah …
mungkin aku yang salah..
mungkin juga mereka tidak sengaja..
huh dasar manusia…
tidak ada yang sempurna..
mungkin juga ada 'mereka' yang..
menabur fitnah diantara kita..
aku disini yang kehampaan …

entah berapa lama ku berdiri disini …
menyaksikan tingkah laku mereka

terhadap kita..
hingga ku terjaga dari lamunanku
kerana susuk tubuh wanita itu …
kulihat dia menatapku …

kala itu senyumannya membuat lidahku kelu
tidak ada kalimah yang keluar dari mulutku
ibu...detik hatiku..
kau pembakar semangatku..
kan ku teruskan hidup ini
dengan tabah..(-_-)