Friday, February 25, 2011

DiaRi HidUpKu...^^

assalamualaikum sume! smoge sumenye sihat hendakNya...(*_*)

hmm..tetibe arini teringat mse zmn kecik2 n zaman skolah rendah dlu..riinnduu sgt saat tu..:( x leh putar blik k mse ni?? kejap pn jd la kn..wawawa..:( ( mode:hormon x stabil)  meh, nk share sket sejarah hdup aku ( kasar k ckp aku??) hihi..em..ak dilahirkan di taiping, perak. dibesarkan di dlm kawasan kampung. mmg best sgt! ble ayah aku kerat dahan pokok pelam dpn umh, aku la kne tarik buang dahan tu ke lombong.dh aku ank sulung. adik2 kecik lg.aku ingat lg,setiap pg, lpas ayah blik dr solat subuh kt surau kg, ayah akan hantar aku naik moto g tggu bas sekolah. tmpt tggu bas tu x de la jauh sgt dr umah tp sbb pg2 gelap sgt, ayah x bg jln sndiri.huhu..pastu, ayah akn singgah jap kt gerai kuih mak cik munah. tiap2 ari aku mkn kuih ketayap & karipap.huhu..(sbb x tau nk mkn pe dh)
aku ni kire mcm femes gak la kt s.k taiping tu.( giler x malu) bkn pe, femes sbb pelajaran bkn sbb buat kes tau! setiap taun aku dpt no ats2. plg trok pn no 5 dlm klas. tp plg x leh lpe, mse drjah 4, aku kne sebat kt tgn dgn mak 11 kali sbb dari no 1 aku dpt mse pertengahn naik k no 11 mse perikse akhir taun. mak marah gler!!! hihi..mse drjah 5 plak, aku ade sorang kakak angkat, nme dy fatimah annor bt ahmad rashid. tua setaun dr aku. dy pandai & baik sgt. time rehat je, dy dh tggu aku kt kantin. siap beli bhun sup@ nasi lmak lg. ari2 aku mkn free..:p dy dpt 5A dlm UPSR. aku pn berkobar2 nk jd mcm dy..^^ bgus kn?? ckp pasal semangat ni, aku ske sgt ngan motivator dr tengku asmadi. 3 kali aku berkursus ngan dr tu. wlaupun mahal, mak ayah tetap nk anta ak g situ. time upsr, pmr n spm. mak n ayah mmg syg ak sgt2..^^ beruntung kn!! 

kt skolah agama rakyat plak, aku lg la femes!!hihi..aku jd ank murid kesayangan ustaz2 n ustazah2 kt skolah tu. sbbnye, tiap2 taun aku dpt no 1.( gler bangge) sbb lain, ayah aku jd setiausaha PIBG skolah tu. pastu, ble ade majlis kt skolah tu, aku slalu kne bce quran n wat persembahan nasyid..^^ mse ayah bangge kn3??hihi..aku dpt 7A dlm peperiksaan UPKK. aku dpt anugerah plaja terbaik. ganjarannye, pakej percutian k pulau langkawi. best sgt, satu fmily dpt g bercuti..^^ time result upsr kuar. aku nangis gler2. sedey dpt 4A 1B je. rse x dpt jd kakak yg terbaik untuk adik2. ( bgusnyer sy) tp mak pujuk ak, mak ckp, ni bru permulaan. jauh lg perjalanan. 

pastu, aku msuk skolah smk convent jap. 2 mggu je kot. boring weh skolah sejenis je..:p pastu, aku msuk asrama..^^ skolah agame plak tu. slame F1 tu aku nangis nk tukar skolah. x nk dok asrama. tiap2 mggu mak ayah dtg lawat. manje kn??hihi..last2 aku tahan gak skolah kt situ smpai F3. disebabkan aku dpt 9A dlm pmr, aku dpt offer g skolah asrama pnuh.  

sukacitanya aku g skolah tu. tp 2 mggu pertama tu aku nangis2 lg nk blik skolah lme.hihi..keje nangis je aku ni! sbbnye, kt skolah bru tu sosial sket. x mcm kt kerian. yelaa, IGOP tu bknnyer skolah agame. agak stress skolah kt situ. plajanyer sume pndai2. sgt pandai smpai dlm klas add math, ckgu x abes tnjuk jln kire lg, dyorg dh fhm. hebat x?? akibatnyer, add math n fizik ak slalu failed je.( gler x malu ngaku) kimia n bio kne msuk kelas ICU( khas untuk pelajar yg sgt2 lemah@kritikal). mmg akulah ant pelajar yg sgt lemah.  kwn2 kt situ sume terlalu mngejar2 kejayaan. smbil bsuh kain kt toilet, leh bincang ape yg x fhm time ckgu ajar dlm klas. mmg setiap saat digunakan sebaik2nye. mmg steress yg amt!!! spm ak?? malu nk ckp..aku just dpt twran matrik je. sains fizik di matrik pahang. kwn2 len sume fly ke luar negara. amat frust n down gler!! aku tolak twran matrik tu sbb rse x leh follow aliran sains dh. 

last2, ak msuk kolej islam darul ridzuan..^^ time birtday aku mei 2008, ayah hadiahkn aku sebuah kete kancil..(*_*) comel nmenye. aku bwa kete g kolej. sgt best! tp mcm2 aku langgar. aku penah langgar bas kolej. ( gler berani) wlaupun bas tu dok statik je kt tmpat parking bas.hihihihi..:P pastu, aku lnggar budak bwa motor. 2 mggu budak tu x g skolah sbb 2 btg gigi dpn dy patah akibat accident ngan aku..kate mak si mangse, bdak tu ketua klas. mmg malu la nk ucap salam kt cikgu setiap kali ckgu msuk klas. tggu gigi palsu siap, bru dy g skolah. aku ade gak g mlawat budak tu.( actually, nk g amik duet claim econ rosak n body comel kemek).huhu..:P alhamdulillah, hampir setiap sem aku dpt anugerah dekan..^^ mak ayah dh yakin blik ngan aku. yelaa, spm ritu kn aku down glerr2. mmg best blaja syariah ni. tp tu la..tanggungjawab besar. skrg pn, dh rmai kwn2 tnye pasal hukum ni, hukum tu. malu kalo x dpt jwb..:( well, aku cbe untk jd ustazah yg terbaik..^^ so, skrg aku blaja di bumi anbiya', jordan. mmg ade prasaan plik kt sni. tanah arab kn. org arab ni mewarisi sifat2 peperangan. dyorg sgt kasar, x de perasaan tp berjiwa kental.( x tau mcm mne yg describe). dtg la sni, bru tau.huhu..blaja kt sni, mmg menguji kesabaran, ketabahan, kekuatan mental& fizikal. sbbnye, kt sni x de air slalu. mandi n bsuh baju sminggu skali je. jln pn batu2 lg. x de pembangunan sgt. bayangkn, org arb nk berkelah pn tepi jln je sbb kt sni x de tmn2 rekreasi.hihihi..hmm..pape pn, aku harap dpt bwa blik sekurang2nyer secebis ilmu yg dpt aku manfaatkn di msia nnti..aminnn^^..smpai disini sje coretanku..tata..(*_*)


my cool father..^^encik zailan bin karim


my beloved mother wlaupun agak suke membebel..hihi^^ puan salbiah binti mohd desa

my first sister^^ skrg dy tgh study account di kolej mara kuala nerang. cik nurul azita binti zailan.

my only brother..^^ dy f4. skrg bersekolah di sek. men.teknik leboh cator, ipoh. encik mohd arif akmal bin zailan. keje nk menyemat je. tgok cermin berjam2 mngalahkan pompuan..:p

my little sister..^^ sgt nakal & degil. mcm sy!! sebijik!!hihihi..sbb bulan lahir sme kot..:P cik nurul aina nadiah binti zailan.

gmbar ni di KLIA mse nk anta sy g jordan. wajah mereka kelihatan sedeh sgt kn..sob3..:(


kenangan di lost world of tambun. kami g 4 beradik je. mse tu time cuti sekolah. tp ayah x dpt cuti. ksian kt adik2 aku dok umah je. so, jln terakhir aku yg bwa..^^

kek terakhir 4 my mother's birthday..:( pastu, aku fly k jordan..

haaa..tu dy comel sy yg gagah perkasa!! si putih WHH 7741..sy riinnnduu awk..:(

gmbar ni di pdg ipoh sempena hari merdeka. azie msuk perbarisan kawad kaki. abes itam mke dy..huhu

gmbar ni di umah tok di tpg. mse majlis perkhawinan mak jang..^^

adik2 yg x nk balik umah. x puas mandi katenyer..^^

Tuesday, February 22, 2011

SaYaNg....AkU DiCiPtA DaRi TuLaNg rUsUkMu....^^

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. 
Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. 
Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. 
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. 
Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. 
Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. 
Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. 
Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. 
Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. 
Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. 
Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. 
Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. 
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. 
Di hadapan Allah.
Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini..(*_*)


Monday, February 21, 2011

PeRnAh dEnGaR CiTe pAsAl bAbI IsLaM??? jOm iKuTi kIsAh iNi...^^

kisah ini bermula apabila Syafiq dan Safura dipertemukan disebuah skolah agama yang terkemuka di negeri selangor. mereka belajar di dalam klas yang sama. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura kerana mereka masih bersekolah dan takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah..hihi..:P

setelah beberapa tahun berlalu...akhirnya, mereka selesai menamatkan zaman persekolahan dengan jayanya. Syafiq sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka sedar yang mereka ini orang Islam dan Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka bersepakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".


Asal keluar berdating, mereka pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu!! cayalahh!!!

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq dan Safura ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here?", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memperkenalkan dirinya kepada Syafiq dan Safura.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.

Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih!!!.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. YANG HARAM ITU JELAS & YANG HALAL ITU JELAS..


gelak2 jge, tp point penting ingat smpai mati!!..ok??(*_*)

renung2kan dan selamat beramal..^^

Sunday, February 20, 2011

HaTi PuN pErLu diSETTING KeR???

assalamualaikum sume..^^ moge sumenye sehat sejahtera.
terpanggil saya untuk mengutarakan satu perkara yang mungkin dianggap REMEH bagi sesetengah pihak. ataupun mungkin juga perkara ini TIDAK PERNAH TERPIKIR pun oleh sesetengah pihak. oleh sebab itu, saya berusaha segigih2 nya untuk buat kalian berfikir, berfikir dan terus berfikir..hihi..(*_*)  adakah AKAL yang menguasai diri kita atau HATI yang menguasai diri kita?? hah, jawab jgn tak jwb!!! bagi pendapat saya, AKAL digunakan oleh manusia untuk berfikir tetapi HATI yang menggerakkanya.  jadi, HATI lah yang menguasai diri kita. betul ke tidak??? contohnya, setiap pelajar mesti ada keinginan untuk berjaya, akalnya berfikir bagaimana cara untuk mendapatkannya tetapi jika hati tidak menggerakkan keinginan tersebut yakni berusaha, adakah pelajar itu akan berjaya??? tentulah tidak..bukan?? jadi, disini saya ingin menekankan bahawa HATI memainkan peranan yang sangat penting dalam diri kita. HATI jugalah yang menentukan hidup kita samada BAIK@ BURUK. satu soalan yang ingin saya utarakan kepada kalian disini khususnya STUDENT. apakah tujuan@ niat kalian belajar? belajar hanya skadar mengikut perintah ibubapa@ hanya sekadar ingin mendapatkan segulung ijazah??? saya percaya rata2 mahasiswa dan mahasiswi pada masa sekarang belajar kerana berlumba2 untuk mendapatkan segulung ijazah, master dan pHD semata2 untuk mendapatkan kerja yg memberi gaji lumayan, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. kalian setuju dengan pendapat saya?? mungkin TIDAK ADA LAGI pelajar yg berniat, belajar semata2 untuk mendapat ilmu dan keredhaan ALLAH. dalam hal ini, saya gambarkan satu keadaan iaitu ada sebilangan pelajar yang sangat rajin study, sangat berusaha keras, stay up smpai ke pagi untuk skor dalam exam tetapi dapat result yang mengecewakan. KENAPA??? pernah kalian terfikir kenapa mereka x dapat ape yang mereka inginkan walaupun sudah berusaha?? jawapannya, tentulah ia berpunca dari HATI. mgkin niat mereka belajar semata2 inginkan pointer yang tinggi. mungkin juga mereka terlalu membanding2 antara kawan2. antara sebab doa kita tidak dimakbulkan ALLAH adalah HATI yang tidak bersih.niat2 yang tidak betul iaitu yang bukan kerana ALLAH semakin lme semakin bersarang dalam HATI kita jika kita tidak cepat2 bersihkannya dengan bertaubat kepada-Nya. HATI yang bersih akan membuatkan jiwa kita tenang. KETENANGAN adalah perkara yang paling bernilai dalam hidup kita. ape gunanya hidup mewah jika HATI TIDAK TENANG??? oleh itu, marilah kita sme2 mengSETTING kembali HATI2 kita supaya berada di jalan ALLAH dan mendapat RAHMAT daripada-NYA..(*_*) insya'allah..
niat kerana ALLAH+usaha+doa+tawakkal= kejayaan &keberkatan ilmu dari ALLAH..

Thursday, February 17, 2011

wAhAi hAtI..bErSiHkAh dIkAu???

"subhanallah, subhanallah, subhanallah.." ibu masih terus berzikir seusai mengimamkan solat maghrib kami sebentar tadi. tubuh nisha terhenjut2 menahan ketawa apabila diusik oleh kakaknya, reena. aku sebagai kakak sulung menunjukkan isyarat senyap pada mereka. hmm..hanya seminit je mereka senyap. kemudian kedengaran lagi tawa kecil mereka. ibu masih terus berzikir walaupun sesekali mata ibu menjeling pada nisha dan reena. "abes la dyorang..detik hatiku.." selepas selesai ibu membacakan doa, ibu terus memanggil nisha dan reena. " anak2 ibu x ingat dan sayang pada Allah k?" mereka terus terdiam apabila disoal oleh ibu. ade riak takut+sedeh+bersalah pada wajah mereka. aku turut terdiam. ibu bangun sebentar mendapatkan sebatang pen dan sekeping kertas A4 berwarna putih dan hitam. lalu, ibu menandakan beberapa titik pada kertas A4 tersebut dengan menggunakan pen. kami tertanya2. kemudian ibu berkata, "sekarang, ibu nak nisha kira bilangan titik2 pada kertas A4 berwarna putih ni.." pantas nisha menjawab 5 pada ibu. ibu tersenyum! kemudian, ibu berkata lagi," ok, sekarang, reena pula kira bilangan titik2 pada kertas A4 berwarna hitam ni.." dahi reena berkerut2. "ibu, reena x nmpak laa.."jwb reena. ibu tersenyum lagi! ibu menarik nafas panjang. mungkin sedang mencari idea untuk menyampaikan maksud tersirat agar anak2nya faham. ibu berkata," andaikan kertas A4 ini HATI anak2 ibu sekalian. kertas A4 berwarna putih ini membawa maksud hati yang BERSIH iaitu yang sentiasa mengingati ALLAH. manakala kertas yang berwarna hitam ini pula membawa maksud hati yang KOTOR iaitu yang sudah dicemari dengan sifat mazmumah. jika hati kite msih bersih dan suci, kite akan sedar akan dosa yang telah kite buat dan kite akan cepat2 bertaubat kepada Allah. tetapi, jika hati kite sudah kotor dan penuh dengan titik2 hitam, kite tidak akan sedar akan dosa2 yang telah kite buat. lalu kite akan terus hanyut dan bergelumang dengan dosa. malah, hati kita jga sudah tidak segan silu untuk melakukan dosa lg. panjang ibu bersyarah dihadapan kami. " faham tak anak2 ibu?" ibu bertanya pada kami. serentak kami mengangguk. kami terdiam seketika. kemudian, nisha dan reena meminta maaf pada ibu kerana bermain2 semasa sedang berzikir td. ibu tersenyum puas!

Wednesday, February 16, 2011

InDaHnYa DiSeBaLiK KaLaM sUrAh Al-fAtIhAh..~~

dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
segala puji bagi ALLAH,
Tuhan semesta alam
maha pemurah lagi maha penyayang
yang menguasai hari pembalasan
hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
tunjukkanlah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat

setia pada CINTA! (*_*)


Allah berfirman yg bermaksud:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. . (surah Nahl ayat 78)

Kita diciptakan ALLah.. lalu diseru untuk taat kpdNYA..
Tuhan yang Maha sempurna Kasih SayangNYA..
Tuhan sebaik-baik penentu segala takdir..
Kita hambaNYA yg cukup lemah..
Bergantunglah kepadaNYA..

Tiada milik kita..
Semua milik Allah..
Nyawa..
Usia..
Rezeki..
Hati..
Perasaan..
Dan kita juga milikNYA..

Dan..
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Tiada seorang pun mampu mengelak dariNYA..
Setiap yang bermula juga..
Pasti ketemu hujungnya..
Melainkan ALLah Yang Maha Kekal Buat Selama-lamanya..
Tiada mula dan Tiada akhir..

Bila hati menyedari..
Semuanya milik Allah..
Maka diri akan redha segala kehendakNYA..
Jiwa akan redha segala takdirNYA..
Hati akan tunduk akur segala perintahNYA..

Dia menciptakan cinta..
Untuk menghiasi hati-hati manusia..
Dan DIA juga mencipta rasa..
Untuk menyempurnakan lagi keindahan cinta..

Cinta adalah kekuatan..
Cinta adalah kehidupan..
Cinta adalah fitrah..

Bagi manusia biasa..
Cinta manusia cukup indah dan sempurna..
Tapi..
Bagi hamba Allah yang soleh..
Cinta Allah itu adalah segalanya..

Cinta manusia akan hilang..
Cinta Allah kekal buat selamanya..

Senyumlah atas segala takdir..
Kerana DIA sentiasa tentukan yg terbaik untukmu..
 ……. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..
Sebahagian terjemahan ayat 216,surah Al-Baqarah..

Kita tak lama disini..
Kita akan pergi..
Dan mungkin inilah hari yg terakhir untuk kita..
Dan mungkin tiada lagi baki usia..
Dan mungkin tiada lagi sisa rezeki untuk kita..
kerna hidup ini pinjaman dariNYA..
semua bukan milik kita..

Kembalilah kita padaNYA..
Mohonlah kepadaNYA..
Agar yg terbaik ditentukan untuk kita..
Yakinlah..
Manusia mengecewakan kita..
Tapi ALLah tak pernah mengecewakan hambaNYA..
maka..
setialah pada cinta-NYA..