Friday, December 16, 2011

"AkU DaN DiA DaH PuTuS"



Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) 




P/S : salam sume..^^ sy terbace post ni di laman web akuislam blog..em, first2 bce tu..sy rse ape yg nk disampaikn oleh penulis asal cerita nie sgt mendalam dan ia seakan2 same dgn pengalaman hdup sy..hmm..pengalaman hidup yg sgt terkesan di hati sy..namun sy ambil ia sebagai dorongan untuk sy berubah ke arah yg lebih baik n tabah untuk tros istiqomah dgn perkara2 yg baik..insya'allah..^^ sejujurnyer, nikmat ketenangan hati yg sy dpt dr Nya slpas melakukan sedikit perubahan dlm hidup, sangat2 terkesan dlm hidup sy..x pnah sy rse 'suatu perasaan' yg sgt indah seperti itu dlm hidup sy sblum ini..alhamdulillah..(^_^) namun, pabila sy mengenangkan kenangan2 sy pada zaman jahiliah yg lalu..sungguh berase MALU dengan NYA..=_= baru sy tau, pada waktu itu, Allah sudah tarik perasaan malu dlm diri sy tanpa sy sedar!! buktinyer, sy berpakaian mengikut trend masa kini dgn mendedahkn aurat tanpe segan silu...(-_-) cukuplah!!!! sudah tibe masenyer untuk berubah..^^ alhamdulillah..sy masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melakukan perubahan dlm hidup sy..(*_*) sy bersyukur2 sgt2 sbb Allah sudah bukak kn hati sy untuk menjadi insan yg lebih baik..terime kaseh Allah!!!


Sumber: http://akuislam.com/blog/contest-aku-islam/aku-dia-dah-putus/#ixzz1gjDJil9u

"WaNiTa yAnG HaRuS DiCiNtAi"



Rasulullah Muhammad saw adalah contoh tauladan untuk kita umat Islam. Begitu juga para isteri baginda merupakan contoh wanita solehah. Wanita yang paling dicintai Rasulullah adalah ibu dan isterinya Khadijah. Kenapa ibunya? sebab ibu baginda adalah wanita yang mengandung dan melahirkannya dan Siti Khadijah adalah seorang wanita yang sempurna.

Kecantikkan jiwanya, kebersihan hatinya, keimanannya , kecerdasannya, kesetiannya merupakan magnet yang membuatkan  hati seorang pemuda bernama Muhammad luluh. Wanita seperti khadijah merupakan ciri  wanita yang layak dicintai, tetapi di zaman ini ada lagikah wanita seperti itu ?

Bukan bererti pada zaman  ini tiada, tetapi jarang.
Menemui wanita solehah  seperti isteri Rasulullah bukanlah  mudah. Mendekatinya juga sukar. Perkara ini seperti mencari jarum yang hilang. Mungkin wanita itu dikatakan cantik rupa dan tubuhnya, tetapi belum tentu dia memiliki akhlak yang cantik. Kecantikan rupa dan kemolekkan tubuh seorang wanita bukanlah standard ukuran yang dinilai oleh Allah SWT, melainkan dia sentiasa menghiasinya, dengan akhlak yang mulia, ketakwaan dan keyakinannya kepada Allah
Jika  seorang wanita dah memilik keyakinan yang kuat,dan tak mudah terhakis  oleh sekuat manapun badai, dialah wanita yang dapat dikatakan wanita yang layak dicintai oleh Allah,  suami dan keluarga.

Wanita yang harus dicintai, tidak akan menjadikan kecantikkan yang dimilikinya sebagai kebanggaan yang dapat menjerumuskan kepada sifat riak  atau sombong.  Akibatnya menyebabkan wanita tersebut membuang  jutaan wang hanya untuk merawat tubuh dan kecantikkan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
Padahal dalam al Quran dan jelas dilarang untuk tidak menduniakan kecantikkan. Dalam surah al-ahazab ayat 33 diterangkan yang ertinya “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu”
Tidak ada sesuatu pun yang dapat mengubah  penampilan dan kecantikkan seorang wanita selain kekuasaan Allah taala dengan segala izinnya. Wanita cantik dan harus untuk dicintai akan terpancar dari hati yang bersih dan sikap yang baik dan kata – kata yang sopan, pakaian yang mencerminkan wanita solehah.

Kadangkala,  kita pernah terjumpa wanita seperti itu, tetapi itu hanya sekadar topeng.  Lama – kelamaan, sifat sebenar mereka akan terbongkar. Sebab yang asli akan tetap asli.

Selain dari itu, sifat wanita yang layak dicintai dapat di lihat dari kerendahan hatinya dengan bersikap hormat kepada  sesiapa pun tanpa membezakan darjat dan martabat. Kerana dia tahu setinggi mana pun ilmunya,  dia tetap wanita yang mengerti dan tahu tugasan serta tanggungjawabnya sebagai wanita didalam rumahnya.

Dan wanita yang layak dicintai juga sentiasa rendah hati terhadap manusia lain. Walau ada perbezaan, tetapi dia yakin perbezaan itu hanya dimata manusia sebab tidak ada manusia yang berbeza dimata Allah. Ketakwaan dan keimanan seseoranglah yang membezakannya dimata Allah. Wanita yang mulia kerana hidup glamour atau berjawatan tinggi, bukanlah jaminan kebahagiaan. Tetapi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa adalah kunci segalanya.

Seorang wanita yang harus dicintai ibarat lebah yang memberikan manfaat untuk semua orang. Hasil yang diberikannya adalah madu. Dengan madu tersebut,  banyak manusia yang dapat merasakan manfaatnya. Si pencari madu  boleh memberi makan anak isterinya dengan menjual madu tersebut dan banyak lagi manfaatnya.

Wanita yang harus dicintai juga akan menyedarkan umur kita yang sebenar. Menyedarkan waktu yang kita gunakan untuk bebuat kebaikan, membahagiakan orang lain, menghibur orang yang sedang bersedih untuk mencapai keredhaan Allah dan rasa syukur kepada Allah.
Dan  wanita yang harus dicintai akan sedar akan dirinya yang tidak dapat lari dari  kematian. Dalam mempersiapkan bekalnya, dia akan sentiasa berbuat kebaikkan, dan perkataan yang selalu keluar dari mulutnya adalah zikir sehingga dia mampu mengingati Allah dalam keadaan susah mahupun senang.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/wanita-yang-harus-dicintai/#ixzz1gjA1vuBs

Friday, December 9, 2011

(=_=)




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku







Monday, December 5, 2011

"KeSiBuKaN YaNg MeLaNdA dIrI"



program yang telah berlangsung pada 7 DISEMBER 2011 yang lalu..di dewan masrah universiti mu'tah jordan..(*_*) program ini melibatkan seluruh ahli badan kebajikan anak perak di jordan. namun, dijemput juge pelajar2 dari badan kebajikan anak negeri yg laen untuk memeriahkan lg majlis..^^


antara tetamu undangan yg hadir pada majlis tersebut adalah TAN SRI DR HAJI HARUSSANI, iaitu mufti perak, Y.B DATO ZAHIR, iaitu pengerusi jawatan kuasa pelajaran tinggi sains & teknologi perak dan Y.B DATO' JAMIL iaitu pengerusi besar yayasan perak..^^ sumenyer org2 besar dari negeri perak..(^_^)



inilah satu satunyer pengisian yg berjaya menarik ramai pelajar ke majlis perasmian festival BKAPJ tersebut..^^ nmpak sgt pelajar2 di jordan ini sgt dahagakn ilmu drpd ulama yg sgt dihormati ini..



antara pelajar syabab yg hadir..ini baru di sebelah bahagian tau..(*_*) tmbahan, bkn senang nk tarik minat pelajar lelaki ke program ni.. khusyuk mereke yer..:p






waahhh..BKAPJ dpt sumbangan drpd pihak majlis agama islam perak (MAIPK) sebnyak 5000 rggt..alhamdulillah..^^ tersenyum YDP PERAK kte tu...ust noor farid bin noor zilan..



inilah antara tulang belakang majlis perasmian festival BKAPJ 2011 nie..^^ dyorng snngup tak tido + keje lebeh mse + kurangkn study untk 3-4 hari + diri pn smpai mcm tak terurus demi menjayakan majlis yg julung2 kalinyer nie..syabas untk sume ajk..(^_^)



wahhh..ini gmbar bikin kontroversi..:p huhu..kami sebagai perwakilan BKAPJ  dari mantiqah mu'tah bertanggungjawab untuk meng'handle' penerima2 bantuan am drpd yayasan perak pada majlis tersebut..mereka yg menerima bantuan am pada mlm tersebut perlu mendaftarkn diri di kaunter kami..(*_*)  






oke..inilah pengarah program kami.. ust bukhari bin safian ^^ beliau sgt berkaliber, sgt berpengalaman dlm mengendalikan program, sgt mementingkan protokol dan sgt tegas dlm memberi arahan..(*_*) sgt senang bekerjasame dgn beliau..em, ini adalah kali kedua sy bkerje dgn beliau slpas prgram ANNUAL GRAND MEETING BKAPJ yg lalu.. kalo mse AGM BKAPJ yg lalu, sy sbg programmer..tp bg program kali ini sy sbg timbalan bendahari shj..tugas tu x de lah berat sgt.huhu..:p oke..terime kaseh bnyak2 ye tuan pengarah di atas perkongsian ilmu selame kte bkerja same..^^






oke..ni jer gmbar yg ade..mmg x smpat nk bergambar sbb sibuk sgt mse hari kejadian tu..huhu..(^_^) insya'allah, kalo ade lg gmbar, sy edit balik ye..^^ tata sume..