Friday, March 2, 2012

"UkHuWwAh vS AsSoBiAh" ~ PaRt 2~



SAHABAT..
kita berjumpa kerana takdir-NYA
kita berkawan kerana kasih sayang
kita bersama kerana hati
kita terpisah kerana cita-cita
kita kekal kerana kuatnya ukhuwwah
kita bergaduh kerana harga satu ikatan
tapi..
yang paling penting..semuanya kerana ALLAH 

SAHABAT..
bukan mudah untuk kita berkawan
bukan mudah untuk kita kekalkan
bukan mudah untuk kita teruskan
bukan mudah sehingga lahir sebuah kerinduan

SAHABAT..
di jalan ALLAH
persahabatan ini bukan milikku
bukan juga milikmu
tapi..
persahabatan ini adalah perancangan ALLAH
yang mengetahui segala rahsia
kerana DIA lah aku mengenalimu
dan kerana DIA juga telah memberi kita satu peluang untuk mengukir 1001 kenangan bersama

SAHABAT..
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang
semoga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya
dan bernaung dibawah redhaNYA
semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya
amin..(*_*)