Sunday, November 27, 2011

"BeRpErsAtUan..BeSt sAnGaT KeR??"


assalamualaikum..^^ readers sume sehat ker? em, sy alhamdulillah..sehat je..tp ble suhu di mu'tah jordan ni semakin hari semakin sejuk, badan pun mle la nk meragam..=_= batuk2, selsema..plus hari ni kn, suhu di mu'tah mencecah 0 darjah celcius..hmm..readers sume mesti sangke musim sejuk ni best kn3?? ade salji..hmm..TAAPII..hakikatnyer, sgt menyakitkan..sejuk smpai ke tulang..ble bercakap, mulut kluar asap..:p seriously, sejuk ni mmg menguji ketahanan mental n fizikal..cbe korang bayangkn, sy kt sni kne pkai baju berlapis2, stokin pn berlapis2, plus bahagian kepala, telinge pn kne tutup..mse musim sejuk ni, telinge n hidung mmg cepat sgt rse pedih! pipi mmg cepat sgt merah..mcm pkai blusher plak..:p pastu, asyik nk ke toilet jer..ble nk ke toilet pn satu hal plak, nk kne bkak abis stokin yg berlapis2 tu..ble kt dlm toilet pn satu hal jgak, air paip tu mcm ais!!! mmg kebas jari2 ni..hmm..x tau la nk explain mcm mne dh..kne rse sndirik kot..=_=

okeh..berbalik kepada tajuk entry sy kali ni, sy just nk cite yg sy bru blik dari meeting badan kebajikan anak perak jordan selame 2 hari 1 mlm di mafraq, jordan. kalo readers nk tahu, pjalanan dr tmpat sy iaitu mu'tah ke mafraq mengambil mse selame 4 jam..mmg jauh laa..meeting kali ni melibatkn, AMT, AME & PERWAKILAN dari setiap mantiqah kt jordan ni..dan sy hanye sebagai perwakilan dr mantiqah mu'tah jordan. sy n kwn2 yg len bertolak ke mafraq pada ari jumaat mlm yg lpas. meetingnyer ari sabtu pagi..tp dh sbb jauh kn, kne la bermlm kt sne..^^ dh ler sejuk, bertolak mlm plak tu..huhu..tp seb bek la kereta2 kt jordan ni aircondnyer kluarkan haba panas..(*_*) okeh, nk dipanjangkn cerite, kteorng sesat jln..huhu. dh ler pemandunyer bwa kerete mcm drift!! laju nk mampos!! hanye bertemankan lampu kerete, kami pn cari la jln yg betol nk ke mafraq tu..( jordan x de lampu jln) kejap2 berenti kerete, tnye org arab kt tepi jln..(^_^) alhamdulillah, slepas meronde2 cari jln, selpas 5 jam lebeh pjalanan..bru la kami selamat smpai mafraq..^^ rombongan kami dr mantiqah mu'tah seramai 7 org..( 5 syabab 2 akhawat)..naek kete besaarr pnye!! huhu..okeh, program terdekat  bagi badan kebajikan anak perak jordan yg bakal berlangsung kt jordan ni adalah majlis perasmian festival kebudayaan badan kebajikan anak perak. yg menambahkn lagi kemeriahan program ini adalah kehadiran mufti perak, ketua pendidikan perak, ketua yayasan perak dan ust farid ravi..(*_*) so, program ni agak besar-besaran, formal n meriah!! jadinyer, kami jawatankuasa badan kebajikan anak perak jordan ni, sedang merangka majlis yg meriah dan moge ia mendapat sambutan plaja2 kt sni..^^ prgramnyer, insya'allah akn berlangsung pada 7 disember 2011 yg akn dtg..(^_^) walaupun mse yg diberi untuk menjayakn program yg agak besar n formal ni sgt lah singkat, plus dgn examnyer, kami tetap berusaha yg terbaik agar ia berjalan dengan lancar..amin..^^ okeh, pnjang sgt dh sy membebel sorang2 nih..=_=..kt bwah ni ade la 2-3 gmbar yg smpat dirakamkn mse meting kali ke-3 ritu..cekit dout! tata..@_@





gmbar ni dirakamkan mse kami rombongan mu'tah nk pulang semula ke mu'tah..meeting dh abes!! sy dok kt belakang skali..tu sbb x nmpak sy..=_=

ahli jawatankuasa badan kebajikan anak perak jordan bagi syabab..dyorng ni sume cool2 belake..senang nk bkerjasame..^^ x rse bosan pn dlm meeting walupun meeting tu tersangat lah lme!! plus, dyorng ni pandai masak..:P

ahli jawatankuasa badan kebajikan anak perak jordan bagi akhawat..walaupun malu2 dlm meeting, kami tetap bersuara n melontarkn pendapat bagi memantapkn lagi kepimpinan BKAPJ pada tahun ni..insya'allah..^^

Thursday, November 17, 2011

"JoDoHmU AdA dI tAhAjUdMu"




Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.



Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 



Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.



Manakala,



Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.



Jom pergi kepada dalil:



1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 



Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:




klik tuk besarkan ye 



2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:



Imam al-Mubarakfuri berkata: 

"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.



Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 

(HR Bukhari)

****



Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 



Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
P/S: ini bukan entry hak cipta terpelihara dari sy ok..sy copy dari sebuah blog yg sy rse sgt menarik untuk di kongsi bsame readers skalian..(*_*) moge ia memberi manfaat pd sume..^^ ni link blog yg sy sebut td..http://selamattinggal.blogspot.com/2011/10/jodohmu-ada-di-tahajjudmu.html.
sudi2 la menjengah sekejap..(^_^) k, tata..