Wednesday, February 16, 2011

setia pada CINTA! (*_*)


Allah berfirman yg bermaksud:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. . (surah Nahl ayat 78)

Kita diciptakan ALLah.. lalu diseru untuk taat kpdNYA..
Tuhan yang Maha sempurna Kasih SayangNYA..
Tuhan sebaik-baik penentu segala takdir..
Kita hambaNYA yg cukup lemah..
Bergantunglah kepadaNYA..

Tiada milik kita..
Semua milik Allah..
Nyawa..
Usia..
Rezeki..
Hati..
Perasaan..
Dan kita juga milikNYA..

Dan..
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Tiada seorang pun mampu mengelak dariNYA..
Setiap yang bermula juga..
Pasti ketemu hujungnya..
Melainkan ALLah Yang Maha Kekal Buat Selama-lamanya..
Tiada mula dan Tiada akhir..

Bila hati menyedari..
Semuanya milik Allah..
Maka diri akan redha segala kehendakNYA..
Jiwa akan redha segala takdirNYA..
Hati akan tunduk akur segala perintahNYA..

Dia menciptakan cinta..
Untuk menghiasi hati-hati manusia..
Dan DIA juga mencipta rasa..
Untuk menyempurnakan lagi keindahan cinta..

Cinta adalah kekuatan..
Cinta adalah kehidupan..
Cinta adalah fitrah..

Bagi manusia biasa..
Cinta manusia cukup indah dan sempurna..
Tapi..
Bagi hamba Allah yang soleh..
Cinta Allah itu adalah segalanya..

Cinta manusia akan hilang..
Cinta Allah kekal buat selamanya..

Senyumlah atas segala takdir..
Kerana DIA sentiasa tentukan yg terbaik untukmu..
 ……. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..
Sebahagian terjemahan ayat 216,surah Al-Baqarah..

Kita tak lama disini..
Kita akan pergi..
Dan mungkin inilah hari yg terakhir untuk kita..
Dan mungkin tiada lagi baki usia..
Dan mungkin tiada lagi sisa rezeki untuk kita..
kerna hidup ini pinjaman dariNYA..
semua bukan milik kita..

Kembalilah kita padaNYA..
Mohonlah kepadaNYA..
Agar yg terbaik ditentukan untuk kita..
Yakinlah..
Manusia mengecewakan kita..
Tapi ALLah tak pernah mengecewakan hambaNYA..
maka..
setialah pada cinta-NYA..

No comments:

Post a Comment