Thursday, February 17, 2011

wAhAi hAtI..bErSiHkAh dIkAu???

"subhanallah, subhanallah, subhanallah.." ibu masih terus berzikir seusai mengimamkan solat maghrib kami sebentar tadi. tubuh nisha terhenjut2 menahan ketawa apabila diusik oleh kakaknya, reena. aku sebagai kakak sulung menunjukkan isyarat senyap pada mereka. hmm..hanya seminit je mereka senyap. kemudian kedengaran lagi tawa kecil mereka. ibu masih terus berzikir walaupun sesekali mata ibu menjeling pada nisha dan reena. "abes la dyorang..detik hatiku.." selepas selesai ibu membacakan doa, ibu terus memanggil nisha dan reena. " anak2 ibu x ingat dan sayang pada Allah k?" mereka terus terdiam apabila disoal oleh ibu. ade riak takut+sedeh+bersalah pada wajah mereka. aku turut terdiam. ibu bangun sebentar mendapatkan sebatang pen dan sekeping kertas A4 berwarna putih dan hitam. lalu, ibu menandakan beberapa titik pada kertas A4 tersebut dengan menggunakan pen. kami tertanya2. kemudian ibu berkata, "sekarang, ibu nak nisha kira bilangan titik2 pada kertas A4 berwarna putih ni.." pantas nisha menjawab 5 pada ibu. ibu tersenyum! kemudian, ibu berkata lagi," ok, sekarang, reena pula kira bilangan titik2 pada kertas A4 berwarna hitam ni.." dahi reena berkerut2. "ibu, reena x nmpak laa.."jwb reena. ibu tersenyum lagi! ibu menarik nafas panjang. mungkin sedang mencari idea untuk menyampaikan maksud tersirat agar anak2nya faham. ibu berkata," andaikan kertas A4 ini HATI anak2 ibu sekalian. kertas A4 berwarna putih ini membawa maksud hati yang BERSIH iaitu yang sentiasa mengingati ALLAH. manakala kertas yang berwarna hitam ini pula membawa maksud hati yang KOTOR iaitu yang sudah dicemari dengan sifat mazmumah. jika hati kite msih bersih dan suci, kite akan sedar akan dosa yang telah kite buat dan kite akan cepat2 bertaubat kepada Allah. tetapi, jika hati kite sudah kotor dan penuh dengan titik2 hitam, kite tidak akan sedar akan dosa2 yang telah kite buat. lalu kite akan terus hanyut dan bergelumang dengan dosa. malah, hati kita jga sudah tidak segan silu untuk melakukan dosa lg. panjang ibu bersyarah dihadapan kami. " faham tak anak2 ibu?" ibu bertanya pada kami. serentak kami mengangguk. kami terdiam seketika. kemudian, nisha dan reena meminta maaf pada ibu kerana bermain2 semasa sedang berzikir td. ibu tersenyum puas!

No comments:

Post a Comment